Karier kelab Dedryck Boyata

Manchester City

Dia membuat penampilan sulung dalam pasukan utama ketika menentang Middlesbrough dalam Piala FA pada bulan Januari 2010 dan membantu pasukannya menang 1–0.[2] Dia membuat penampilan sulung liga sebagai pemain gantian ketika menentang Blackburn Rovers menggantikan Martin Petrov pada minit ke-86.[3] Dia bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang Hull City pada 6 Februari 2010.

Pada awal musim 2010/11, dia menjaringkan gol dalam perlawanan play-off Liga Europa ketika menentang FC Timişoara pada 26 Ogos 2010, gol pertamanya untuk kelab. Prestasinya terus meningkat dan dia dipilih dalam kesebelasan utama untuk menentang Chelsea. Boyata membantu City menang 1–0.[4] Dia dibuang padang ketika kekalahan 3–0 kepada Arsenal.[5]

Boyata membuat penampilan pertama untuk Manchester City dalam tempoh dua tahun ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Wigan Athletic pada September 24, 2013.[6] Pada 28 Mei 2014, Boyata melanjutkan kontrak bersama Manchester City, yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga tahun 2016.[7]

Bolton Wanderers (pinjam)

Pada 26 Ogos 2011, Boyata menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman semusim.[8] Dia membuat penampilan pertama pada 10 September ketika kekalahan Bolton 5–0 kepada Manchester United dan pada 2 Oktober, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Bolton ketika menentang Chelsea.Boyata mengalamai kecederaan buku lali ketika kekalahan 2-0 kepada Sunderland pada 22 Oktober. Dia kembali ke kesebelasan utama Bolton ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada 3 Disember.

FC Twente (pinjam)

Pada 31 Ogos 2012, Boyata meninggalkan Manchester City untuk menyertai FC Twente secara pinjaman jangka pendek.[9] Dedryck membuat 8 penampilan untuk FC Twente sebelum kembali ke Manchester City pada 8 Januari 2013.[10]

Celtic

Boyata diikat juara Scotland, Celtic dengan bayaran 1.5 juta paun sterling dan beliau menandatangani kontrak empat tahun.[11]

Beliau membuat debut untuk Celtic pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Stjarnan dan menjaringkan gol pembukaan, Celtic menang 2-0.[12] Beliau menanduk masuk hantaran Kris Commons pada lewat perlawanan ketika menentang Qarabağ FK dua minggu kemudian pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara. Boyata dikritik oleh kerana aksinya yang hambar, terutama ketika melakukan faul dan memberikan peluang pasukan Aberdeen untuk menang 2-1.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Dedryck Boyata http://www.actu24.be/MBO_Article/392883.aspx http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://www.belgianfootball.be/en/all-red-devils http://www.gva.be/nieuws/sport/voetbal-buitenland/... http://sportmagazine.rnews.be/fr/sport/actualite/d... http://www.premierleague.com/content/dam/premierle... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://uk.soccerway.com/players/dedryk-boyata/1111... http://www.theguardian.com/football/2013/jan/08/ma... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=...